Hemoglobin (kependekan:
Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang
bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk
diangkut melalui sistem peredaran darah ke
tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam
hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan
normal 100 ml darah mengandungi
15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.
Terdapat beberapa cara bagi
mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya
dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa
ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah
diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang
terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat
kuat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Dengan
menyinarkan cahaya melalui
larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang
diserap (khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin
dapat ditentukan.
Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai
jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras
hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang
itu. Aras normal adalah :-
1. Baru
lahir : 17-22 gm/dl
2. Usia
seminggu : 15-20 gm/dl
3. Usia
sebulan : 11-15gm/dl
4. Kanak-kanak:
11-13 gm/dl
5. Lelaki
dewasa: 14-18 gm/dl
6. Wanita
dewasa: 12-16 gm/dl
7. Lelaki
separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
8. Wanita
separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
Paras hemoglobin yang
rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya
anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan,
pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate),
masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh
rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin
tidak normal (anemia sel sabit).
Paras hemoglobin yang
tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan
perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi palsu yang hilang
apabila kandungan air bertambah.
Sebab lain adalah penyakit paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum
yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan penyalahgunaan
hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan meningkatkan
prestasi dalam acara sukan masing-masing.
Struktur
Struktur molekul heme
Molekul hemoglobin manusia
terbina daripada empat subunit protein berbentuk
globul (iaitu hampir berbentuk sfera). Oleh sebab satu subunit dapat membawa
satu molekul oksigen, maka secara efektifnya setiap molekul hemoglobin dapat
membawa empat molekul oksigen. Setiap subunit pula terdiri daripada satu rantai
polipeptida yang mengikat kuat sebuah molekul lain, dipanggil heme.
Struktur heme adalah lebih kurang sama
dengan klorofil.
Ia terdiri daripada satu molekul bukan protein berbentuk cincin yang dinamai
porphyrin, dan satu atom besi (Fe)
yang terletak di tengah-tengah molekul porphyrin tadi. Di sinilah oksigen akan
diikat semasa darah melalui peparu.
Terdapat dua keadaan pengoksidaan atom
Fe iaitu +2 dan +3 (ion Fe2+ dan Fe3+ masing-masing).
Hemoglobin dalam keadan normal membawa ion Fe2+, tetapi adakalanya
ion ini dioksidakan kepada Fe3+. Hemoglobin yang membawa ion Fe3+ dipanggil
methemoglobin.Methemoglobin tidak mampu mengikat
oksigen, jadi ion Fe3+ ini perlu diturunkan kepada
Fe2+. Proses ini memerlukan NADH, iaitu sebuah koenzim pembawa hidrogen,
dan dimangkin oleh enzim NADH cytochrome b5 reductase
Terdapat beberapa jenis
hemoglobin. Dalam darah manusia dewasa, hemoglobin yang paling banyak ialah
hemoglobin A (HbA), yang terdiri daripada dua subunit α dan dua subunit β.
Konfigurasi ini dinamai α2β2. Setiap subunit terdiri
daripada 141 dan 146 molekul asid amino masing-masing.
Oksihemoglobin terbentuk
apabila molekul oksigen diikat kepada hemoglobin. Proses ini berlaku di
kapilari darah di dalam peparu. Oksihemogloin berwarna merah terang. Setelah oksigen
digunakan oleh tubuh, hemoglobin dipanggil deoksihemoglobin. Ia berwarna merah
gelap.
Nilai normal hasil
pengukuran tanda-tanda vital (TTV)
TEKANAN DARAH
Tekanan Sistol mmHg Tekanan
Diastol mmHg
Normal <120 <80
Prehipertensi 120-139 80-89
Hipertensi grade 1 140-159 90-99
Hipertensi grade 2 >=
160 >=100
DENYUT NADI
Normal : 60-100 x/menit’
Takikardi : >100 x/menit
Bradikardi < 60x/menit
RESPIRASI
Normal : 14 – 20 x/menit
pada keadaan istirahat 14-18 x/menit
Pada bayi bisa : 44 x/menit
SUHU
Normal : 36,6-37,2 C
Oral : 0,2-0,5 C lebih rendah dari suhu rektal
Axilla
: 0,5 C lebih rendah dari suhu oral
Nilai
Normal Tekanan Darah Sistolik
|
Neonatal
|
1 th – 13 th
|
13 th – 18 th
|
|
|
Laki-laki
|
87-105
|
105-124
|
124-136
|
|
Perempuan
|
16-105
|
105-124
|
124-127
|
Nilai Normal Tekanan Darah Diastolik
|
Neonatal
|
1 th – 13 th
|
13 th – 18 th
|
|
|
Laki-laki
|
68-69
|
69-79
|
77-84
|
|
Perempuan
|
60-67
|
67-80
|
78-80
|
Nilai Normal Tekanan Darah
|
Umur
|
Sistolik (mmHg)
|
Diastolik (mmHg)
|
|
Neonate
2-6 tahun 7 tahun 8 tahun 9 tahun 10 tahun 11 tahun 12 tahun 13 tahun 14 tahun |
75-105
80-110 85-120 90-120 90-120 95-130 95-135 95-135 100-140 105-140 |
45-75
50-80 50-80 55-85 55-85 60-85 60-85 60-85 60-90 65-90 |


Tidak ada komentar:
Posting Komentar